produkorder produk

 

Apakah aura ?
Aura merupakan medan tenaga biologi , ataupun medan psikik yang menyelebungi semua makhluk. Ia juga boleh dianggap sebagai sebahagian dari fizikal badan manusia. Saiznya berbeza ,dari beberapa inci ke beberapa kaki di semua arah dan merupakan pancaran dari badan kita.

Aura sebenarnya terdiri dari 7 lapisan , di mana lapisan lauran berkaitan dengan jiwa dan roh, manakala lapisan dalaman berkaitan dengan minda, emosi dan kesihatan.

Ia berkait rapat dengan kesihatan fizikal badan mempengaruhi kekuatan dan saiz aura kita. Ia juga dipengaruhi oleh unsur luaran dan warnanya berubah mengikut keadaan mental, emosi dan fizikal seseorang.

 

beza-aura

Aura orang yang sihat                               Aura orang yang kurang sihat

Perbezaan Aura

 

 

Kesan Minyak Wangi Auralife ke atas Medan Tenaga Badan Manusia

 

Menurut kajian pakar aura setiap sel dan organ di dalam satu organisma memiliki kadar getaran yang tersendiri di dalam spektrum elektromagnetik. Inilah yang merupakan auranya. Bila aura ini diganggu oleh pengaruh luaran dalam bentuk elektromagnetik yang berbahaya (membawa penyakit), dan gelombang luaran ini tidak disingkirkan oleh badan organisma tersebut melalui penyembuh diri (self healing), hasilnya adalah berlakunya organisma itu akan jatuh sakit. Bila berlaku kejadian begini , aura organisma itu jelas menunjukkan ketidakseimbangan. Hanya bila gelombang berbahaya ini disingkirkan , sel–sel organisma tersebut boleh menggunakan proses penyembuhan diri untuk mencapai keseimbangan dinamik dalam auranya. Apabila ini berlaku, organisma tersebut akan mencapai tahap kesihatan yang optimum semula.

 

Pendek kata, apabila seseorang itu mengalami tekanan hidup ataupun sakit, badannya diganggu gelombang luaran yang membawa penyakit. hanya apabila gelombang tersebut disingkirkan atau dinuetralkan, badannya boleh pulih.

Produk Auralife membantu menentang dan meneutralkan gelombang berbahaya, secara langsung membantu badan manusia untuk menjadi lebih sihat. Harus diingat produk minyak wangi Auralife lebih kepada wangiannya. Jika anda mendapat kesan yang baik , mungkin sampai ketahap memulihkan pelbagai masaalah(penyakit) atau menentang dan menuetralkan gelombang berbahaya secara langsung membantu badan manusia untuk menjadi lebih sihat dan bertenaga. Jika berlaku begitu itu adalah kehendak Allah(tuhan) Auralife hanya merancang , berusaha dan beriktihar.(insyaAllah)

 

Pengenalan kepada cakra

 

Cakra adalah perkataan dari bahasa Hindi, yang bermakna “roda tenaga” cakra memetakan pusat–pusat dan saluran aliran tenaga batin dan emosi. Aliran tenaga inilah yang mengawal kesihatan fizikal dan minda seseorang.

Di dalam badan manusia , terdapat 7 cakra yang terletak sepanjang tulang belakang ke atas kepala. Kesemua 7 cakra mempunyai sifat–sifat yang berlainan dan juga melambangkan fungsi–fungsi yang berlainan. Pengaliran tenaga melalui cakra harus bergerak lancar kerana ia mengawal kesihatan badan kita.

Ajaran cakra boleh difahami dari 2 perspektif
  1. Kelakuan / persona seseorang , iaitu pemikiran , perasaan , emosi , fahaman diri ( self awareness) , daya cipta dan lain lain.
  2. Kesihatan fizikal, dimana kita mengkaji kelemahan pada badan, dan mengira indeks kesihatan.
 

Mengukur medan tenaga manusia

 

Menurut ajaran / amalan cakra, terdapat pusat–pusat dan saluran aliran tenaga batin dan emosi di seluruh badan manusia.aliran tenaga inilah yang mengawal kesihatan badan seseorang. Sama seperti akupunktur, titik pusat yang berlainan di dalam aliran tenaga ini berhubung kait dengan fungsi badan yang berlainan.

 

Aliran tenaga ini sebenarnya menjelma sebagai satu medan elektromagnetik ataupun medan tenaga biologi yang menyelebungi seluruh badan manusia. Wujudnya satu medan cahaya badan memang telah tercatat dan dipercayai di dalam agama dan budaya yang berlainan di seluruh dunia. Terdapat banyak lukisan kuno yang menggambarkan nabi, orang suci atau wira dengan lingkaran yang bercahaya di atas kepala.

 

Di dalam tafsiran yang lebih moden , kini  sudah diterima sebagai kenyataan bahawa wujud satu medan tenaga yang menyelebungi seluruh badan makluk. Medan ini dikenali sebagai aura dan memang telah disahkan melalui kajian sainstifik sebagai satu medan tenaga biologi badan. Menurut kajian, setiap anggota badan mengeluarkan tenaga yang berlainan. Gabungan segala medan yang berlainan ini membentuk aura seseorang.

 

Dengan menggunakan ajaran cakra dan akupunktur yang telah diamalkan sejak berkurun yang lalu oleh pengamal–pengamal dahulu telah berjaya menggabungkan beberapa teknik degan amalan–amalanya. Hasilnya amat berjaya kerana pakar–pakar kini dengan mudah dapat membuat diagnosis keatas fungsi–fungsi anggota badan yang berlainan hanya berdasarkan kajian aura seseorang itu. Seseorang pengendali yang terlatih mampu mengenalpasti kawasan bermasaalah seseorang itu hanya dengan mengkaji aura orang itu. Malah tahap tekanan hidup seseorang itu pun boelh diukur dengan mudah.